Sunday, January 30, 2011

secebis perkongsian

Assalamualaikum w.b.t,
alhamdulillah untuk ni'mat terbesar yang masih ana rasakan iaitu iman dan islam..
ana baru balik dari i'dat Murobbi. Ini kali pertama ana pergi ke i'dat murobbi anjuran SMIAAG. Ana titipkan post ini khas buat mereka yang sebenarnya nak pergi ke 'Idat Murobbi tapi tak berpeluang untuk pergi seperti ana tahun lepas. Ana tanya kawan ana yang lain kenapa NC sahaja yang boleh pergi? Kenapa tak buka kepada orang lain? Masa tu ana nak sangat pergi sebab ana tahu peserta peserta akan bergabung dengan sekolah-sekolah musleh yang lain termasuk sekolah lama ana dulu (SMIH). Kalau ana pergi ana boleh jumpa sahabat-sahabat seperjuangan ana di sekolah lama. Tapi, begitulah sistemnya. Idat Murobbi hanya untuk insan yang bergelar NC sahaja. Ana faham dan akur. Ana hanya mendapat balasan salam mereka daripada peserta yang pergi waktu itu. Alhamdulillah ingat juga mereka kat ana.
Berbalik kepada 'Idat Murobbi yang ana berpeluang pergi ini.
Walaupun secara jujurnya berat hati nak pergi sebab baru sudah kursus pengawas dan Mabit tingkatan 5. Tapi cuba-cubalah juga pujuk diri sendiri yg bahawasanya pasti ada manfaatnya ana pergi. Banyak pengisian yang ana dapat dari ramai penceramah. Antaranya ialah abang Syarifuddin, abang Ammar Sahrim, kak Rokiah, abang Hasif, abg Muaz, cikgu-cikgu di jabatan tarbiyyah dan semua yang lain.
Ana nak kongsi slot yang ana paling tunggu-tunggu. slot ini bersama seorang akhi yang mengambil bidang perubatan di sebuah ipt tempatan. Tajuknya ialah bermanfaat pd org lain. Untuk menerima sesuatu,kita perlu memberi sesuatu. Bayangkan orang lain merasa kekurangan jika kita tiada. Ini bermakna kita ada dalam bahagian hidup mereka. Ianya ada dalam pepatah bahasa inggeris, iaitu "what you give you get back". Jadi, bila kita beri sesuatu kita akan dapat sesuatu."Membantu orang lain lebih baik daripada beriktikaf di masjid selama sebulan",satu hadith nabi.Wah, besarnya nilai membantu orang lain ni. Sungguh malang kalau orang lain tidak merasa apa-apa samada kita ada atau tiada. Maknanya kita tidak memberi apa-apa atau manfaat kepada orang lain. Bertambah malanglah kita kalau orang lain gembira dan merasa lega jika kita tiada. Ini bermakna kita menyusahkan hidup mereka. Nauzubillah.Nak bantu orang lain bukan senang..ada masa kita ada banyak kerja tapi ada orang nak minta tolong. Pandai-pandailah selesaikan.
Insya Allah, yang terakhir beliau ada menyentuh tentang isu dunia sekarang. Jadi, ana ajak kita sama-sama peka dengan isu islam yang sedang berlaku di seluruh dunia dan jadikan ia bualan kita sesama rakan-rakan. Gantikanlah gosip dan umpatan yang kita selalu bualkan dengan isu semasa agar kita tak kelihatan kolot dan digelar ketinggalan dalam hal-hal ini.
Ada satu kata2 ni..Tugas murobbi memang berat, tetapi pahalanya jauh lebih hebat.
Satu ayat yang membina bagi ana. Wallahua'lam itu sahaja yang ana nak kongsikan. Doakan ana untuk beramal dengan ilmu-ilmu ini.
4shared-NIF

2 comments:

  1. Guru Penasihat LujnahJanuary 30, 2011 at 10:37 PM

    Alhamdulillah komen yang mun'isy dan dapat menyedarkan orang lain tentang pentingnya murobbi dalam hidup mereka dan besarnya peranan yang seharusnya dimainkan oleh seorang murobbi.Tentang nasyid tema tu cikgu suke dan dapat meniupkan semangat dalam jiwa.Tahniah!

    ReplyDelete
  2. terima kasih..tapi utk lagu tema nk yg mana satu?
    bingkai kehidupan atau jalan juang??

    ReplyDelete