Sunday, January 23, 2011

duduk bersama kami, beriman sejenak

bismillah..
Assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah.. dengan izin Allah s.w.t, wujudlah blog lujnah Menghidupkan Iman SMIAAG 2011 ini. Insya Allah, di sini kita boleh sama-sama memberi post untuk dikongsikan kepada semua ahli-ahli lujnah kita mahupun pelawat-pelawat yang lain sebagai pengisian buat mereka yang dahagakan tarbiyyah.
ana juga mengajak diri ana dan juga semua ahli-ahli lujnah ini untuk menghayati setiap post yang akan disiarkan kelak. Ana juga meminta kepada adik-adik junior mahupun abang atau kakak senior yang ada sebarang kemusykilan atau perkara yang tidak difahami tentang pengisian disini atau mengenai lujnah ini, sila suarakannya di ruangan 'comments'.
selesai muqaddimah.


8 comments:

  1. no.id :hidupkaniman.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah blog Lujnah kita dah mula beroperasi.Tahniah kepada moderater Izzah Fadhil.Semoga dengan kehadiran blog ini kita boleh saling berhubung dan dapat berbincang tentang pelaksanaan aktiviti dan lain-lain dalam blog.Harap Izzah dapat kemas kinikan blog ini untuk menjadi lebih mesra dengan ahli-ahli yang lain.Uhibbukum fillah- Guru Penasihat Lujnah In'asy Iman.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum warahmatullah.Minggu ini kita in'asykan iman kita dengan berpuasa sunat secara jama'ie bersama pelajar tingkatan 5.Kemudian kita in'asy lagi iman kita dengan beriftar bersama-sama.Orang yang sedar betapa besarnya pahala memberi makan orang yang berpuasa tidak akan melepaskan peluang untuk bersedekah dan memberi makan kepada orang yang berpuasa.Lagi sekali kita dapat recharge iman kita.Rasulullah suka berpuasa pada hari Isnin dan Khamis kerana Rasulullah suka ketika amalan diangkat dia dalam keadaan berpuasa.Pada malamnya pula kita in'asykan iman kita melalui tahajjud.Alangkah bertuahnya mereka yang dapat bangun bertahajjud kepada Allah kerana dengan itu mereka mendapat kekuatan rohani yang menyebabkan kata-kata yang keluar dari mulut mereka membekas di hati pendengar.Ayuh kita in'asykan man kita.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah pada 27 hb jan 2011 semalam, jabatan Tarbiyah telah memulakan program yang beupaya mengin'asykan iman pelajar melalui prgram siyam, iftar dan mabit.sengaja jabatan tarbiyah meletakkan aktiviti untuk tingkatan 5 ini se awal bulan agar pelajar tingkatan 5 dapat menggilap dan mengecas iman mereka seawal tahun agar mereka berdaya menempuh perjalanan yang semakin singkat tempohnya di Al-Amin tetapi akan melangkah jauh menuju kehidupan yang lebih mencabar.Namun sambutan daripada pelajar tingkatan 5 masih pada tahap yang kurang memberangsangkan.memang tidak dapat dinafikan ada pelajar yang terkilan kerana tidak dapat menetai program ini.Cuma bilangannya hanya 2/3 orang sahaja yang datang menyatkan keuzuran.44 daripada 99 0rang yang hadir.Tahniah kepada mereka yang telah berjaya menempuhinya w/p sebahagiannya baru minggu lepas mengikuti kursus kepimpinan pengawas.namun mereka terus tegar, dan tetap bersungguh-sungguh mengikuti program ini.Kepada mereka tahniah kerana antum telah berusaha mengin'asykan iman antum.

    ReplyDelete
  5. Guru Penasihat LujnahJanuary 27, 2011 at 10:36 PM

    Izzah Ustazah minta tolong betulkan format jam di blog ni.waktunya lari jauh daripada waktu yang asal.

    ReplyDelete
  6. Cadangan ustazah juga:
    Cari lagu tema yang sesuai.dan boleh juga publishkan nasyid2 yang ada kaitan dengan iman seperti"iman mutiara".Kl boleh lagu tema akan berkumandang setiap kali blog dikunjungi..insyaAllah tentu pengunjung2 tidak jemu-jemu mengunjunginya...mun'ish!!!

    ReplyDelete
  7. slm,minta maaf cg..ana baru sempat bkk.
    penolong ana kne operate..ana try mane yg sempat.lagu tu ana igt nk ltk lagu bingkai kehidupan or jln juang dr shotul harakah..
    ape pndpt cg?

    ReplyDelete